Wednesday, July 26, 2006

Letih




Andai mampu kuhentikan matahari,
Kan kubiar malam berlalu lebih lama.
Kan kubiar siang bertangguk menanti kerlip cahaya mentari pagi.
Lantas lena ku pasti kan lebih panjang.

Hari baru tetap tiba.
Semalam yg berlalu tak pernah menunggu.
Lalu ketinggalan aku.
Dgn timbunan2 kewajipanku.
Dan lelah ku ini,
tak mampu kubendung lagi.

Letih dgn rutin2 yg sama.
Rimas pada masa depan yg tiada penghujung.
Aku mahu berlari.
Pergi jauh.

Kerana aku teramat letih.

1 Comments:

Blogger Fizz said...

sememangnye meletihkan yek..

/me ikut letih sama..

8:32 PM  

Post a Comment

<< Home